Trailing stop ialah Dynamic Stop Loss.
Berbeza dengan SL biasa yang statik,
Trailing Stop:
Bergerak mengikut arah price apabila trade dalam keadaan profit.
Mengekalkan jarak tertentu (sama ada dalam percentage atau price distance).
Tidak bergerak lawan arah. Jika price berpusing (reverse), SL akan kekal di situ untuk menutup trade.
Contoh dalam SELL trade:
Entry SELL dibuat & SL asal diletakkan (Risk Control).
Bila price mencecah Trigger Price (contoh: TP1): Trailing Stop akan diaktifkan.
SL asal dipindahkan secara automatik ke Entry Price (Break-even) atau mengikut jarak yang diset.
Jika price terus turun: SL akan ikut turun secara automatik untuk secure profit yang lebih besar.
Jika price reverse: Trade akan ditutup secara automatik oleh Trailing Stop. Profit anda selamat!
Lock-in Profit: Mengunci keuntungan sebaik sahaja market bergerak ke arah anda.
Emosi Terkawal: Elakkan rasa menyesal bila trade yang dah profit banyak tiba-tiba jadi loss.
Automation: Sesuai untuk market yang volatile (seperti Crypto) dan untuk trader yang tak mahu hadap chart 24 jam.
Trailing stop bukan bertujuan untuk mengejar maximum profit di pucuk/akar. Ia digunakan untuk:
Protect Capital: Melindungi modal asal.
Sistematik: Mengambil profit secara berperingkat mengikut pergerakan market.
Trend Following: Sesuai digunakan ketika market tengah trending atau momentum sangat jelas.
Penting: Trailing stop TIDAK menggantikan SL asal.
Step 1: Set SL asal sebaik sahaja entry (untuk kawal risiko).
Step 2: Aktifkan Trailing Stop hanya selepas price sudah bergerak dalam profit.
Logik: Risk ditentukan sebelum entry; Trailing Stop menguruskan profit selepas entry.
Walaupun interface setiap exchange (seperti MEXC atau Bitget) mungkin berbeza, logiknya tetap sama. Pastikan anda faham dua input utama:
Activation Price: Harga di mana anda mahu Trailing Stop mula berfungsi.
Callback Rate / Distance: Jarak harga yang anda mahu SL itu “ikut” di belakang price.
“Trader yang konsisten ialah trader yang pandai protect profit, bukan trader yang tunggu market reverse baru nak menyesal.”