Curriculum
Course: Trading Framework – Structure, Liquidity...
Login

Curriculum

Trading Framework – Structure, Liquidity & Execution

Chapter 5 — Trade plan (Decision-Making Process)

0/1
Video lesson

Cara Calculate Risk (Public Reference)

📌 Objektif Utama

Lesson ini bertujuan untuk memastikan setiap trade anda:

  • Mempunyai risiko yang terkawal.

  • Nilai kerugian (Loss) sudah dijangka dari awal.

  • Berdasarkan pengiraan matematik, bukan sekadar feeling atau leverage semata-mata.

Golden Rule: Dalam crypto trading, risiko datang dari Position Size, bukan dari leverage.

 


1️⃣ Tentukan Risk per Trade

Langkah pertama: Berapa % modal yang anda sanggup hilang jika SL kena?

  • Moderate: 1% dari total capital.

  • Balanced: 2% dari total capital.

  • Aggressive: 3–5% dari total capital.

📌 Tips: Pilih satu tahap risiko dan kekalkan konsisten untuk setiap trade.

 


2️⃣ Formula Asas Risk (Crypto)

Formula untuk menentukan saiz posisi anda:

Position Size (Quantity) = Risk Amount ($) ÷ Risk Range

  • Risk Amount: Jumlah USD yang anda sanggup rugi (cth: 1% dari $1,000 = $10).

  • Risk Range: Jarak antara Entry Price ke Stop Loss.

 


3️⃣ Cara Dapatkan Risk Range

Risk range ditentukan melalui:

  • Jarak antara titik Entry dan Stop Loss anda.

  • Gunakan tool Long/Short Position di TradingView untuk nampak jarak ini dengan jelas.

📌 Logik Mudah: * Lagi JAUH SL → Lagi KECIL position size.

  • Lagi DEKAT SL → Lagi BESAR position size.

  • Ini adalah cara automatik untuk mengawal risiko.

 


4️⃣ Position Size di Crypto Exchange

Selepas anda mengira Position Size, masukkan nilai tersebut ke dalam exchange (Quantity/Size).

Kemudian, pilih leverage mengikut keselesaan margin anda.

📌 Penting untuk faham: Leverage TIDAK mengubah jumlah kerugian apabila SL kena. Loss tetap bergantung kepada:

  1. Risk Amount ($)

  2. Risk Range

  3. Position Size

 


5️⃣ Salah Faham Biasa Tentang Leverage

Ramai trader berfikir: “Leverage tinggi = Risk tinggi”.

Sebenarnya:

  • Position size besar + SL jauh = Risk tinggi.

  • Position size yang dikira dengan betul = Risk terkawal (walaupun leverage 10x atau 1000x).

Kira Position Size dulu, baru pilih leverage.

 


🧠 Cara Fikir Yang Betul

  • SL tentukan jarak risiko.

  • Position Size kawal jumlah kerugian.

  • Leverage cuma alat untuk kecekapan margin (Margin Efficiency).

 


🔑 Final Note

Risk management bukan bertujuan untuk mengelakkan kerugian (Loss), tetapi untuk:

  1. Elakkan akaun daripada terbakar (Account Blow).

  2. Membolehkan anda bertahan untuk banyak trade.

  3. Mencapai konsistensi dalam jangka panjang.

“Trader yang bertahan lama ialah trader yang boleh kawal loss, bukan trader yang sekadar mencari win yang besar.”

 


📝 Ujian Praktikal: Risk Management & Position Sizing

Sila jawab soalan pengiraan di bawah untuk menguji kefahaman anda sebelum beralih ke modul seterusnya. 

Senario Trade:

  • Total Capital: $1,000 USD

  • Risk per Trade: 2% daripada total capital

  • Pair: BTC/USDT

  • Entry Price: $92,000

  • Stop Loss (SL): $91,000

Soalan:

  1. Berapakah Risk Amount ($) dalam USD yang anda sanggup hilang untuk trade ini?

  2. Berapakah Risk Range (Jarak Entry ke SL) untuk trade ini?

  3. Berapakah Position Size (Quantity) yang anda perlu masukkan ke dalam exchange mengikut formula:

    (Risk Amount ÷ Risk Range = Position Size)

  4. Jika anda menggunakan Leverage 50x, adakah nilai kerugian (Loss) anda akan berubah jika SL terkena? (Ya / Tidak). Berikan alasan ringkas.

 

Skip to toolbar