CryptocurrencyExchangerFuture

Design Portfolio Korang Macam Ni Untuk Dapat Return Yang LUAR BIASA!!

Ada banyak bad news dalam market sekarang. Lebih dari 70% market crypto dah dimusnahkan. Pada aku, aku nampak benda ni sebagai peluang and advantage.

Kalau korang follow blog post aku, korang mesti nampak yang aku sekarang dalam mood “bearish”, maksudnya negatif. Kalau ikut pengalaman aku, akan ada kenaikan sikit tapi ada banyak jugak penururan dalam masa terdekat ni. 

More Bullish

Kalau nak compare jangka masa pendek, aku bullish untuk jangka masa panjang. Aku yakin yang market crypto akan mencanak dalam masa beberapa tahun ni.

Bullish market memang akan tiba, tapi takde siapa tahu bila. Tapi aku percaya by 2024-2025 nanti Bitcoin akan reach ATH. Opinion aku lah, korang boleh share opinion korang.

Build

Setiap kali kita hadap fasa bear market, market mesti recover & improve kaw-kaw. Sama jugak macam hidup kita ni, lepas ada kesusahan mesti ada kesenangan. Kalau kita jatuh harini confirm nanti ada fasa kita naik pulak duduk kat atas.

So time bear market ni lah waktu terbaik untuk korang invest! Korang boleh buat duit. So anggap jelah fasa bear market ni macam rezeki untuk kita.

Okay jom patah balik ke point asal aku tulis blog kali ni…

MACAM MANA KITA NAK BINA PORTFOLIO UNTUK MAXIMIZE UNTUNG KITA?

Secure

Benda paling penting dalam portfolio adalah keselamatan. Portfolio kita kena selamat so coins kita boleh recover tak kira berapa lama market down.

Futuristic + Secure

Coins yang selamat ni kita memang boleh expect profit yang banyak. Coins yang high demand in the future for sure akan bagi kita profit yang tak dijangka-jangka. Tapi takde siapa antara kita yang tahu coins mana.

So kita kena dapatkan futuristic, strong, selamat dan efektif projek untuk portfolio kita. Faktor-faktor ni lah yang mengukuhkan portfolio kita.

Crypto mana yang korang patut invest, berapa banyak, berapa korang nak diversify untuk setiap coin, berapa lama korang nak hold coin-coin tu? Yaaa. Korang mungkin akan dapat jawapan untuk semua persoalan ni kalau korang proceed baca sampai habis post aku ni.

Sektor

Bila bull market datang lepas fasa bear market, akan ada 1 sektor yang bagi high return. Macam apa yang jadi dengan NFT coin. Semua coin produce at least 15-20 kali ganda return sejak munculnya NFT.

Bila cakap pasal sektor crypto, Blockchain Metaverse, NFTs, Storage, Fan Token, Exchange Token Oracle, Gaming, Polkadot, DeFi, Web3, Pos & Pow, Infrastructure, Cosmos, Solana, dan Polygon akan muncul dalam kepala. Dari sektor-sektor ni kita kena pilih coins yang penting.

  • Sekarang tak nampak lagi sektor mana yang akan bagi bright future. So kita tak payah nak fikir untuk selesaikan dulu
  • Kalau kita cuma invest kat beberapa coin je, lepastu takde satu pun daripada coin tu yg ada dalam mana-mana sektor tertentu yg akan meletup nanti, agak bazirlah duit kita tu dalam jangka masa panjang

So sekarang, kita target je semua sektor. Kita boleh dapat permata, maksudnya kalau kita beli coin yg terbaik setiap sektor, kita boleh buat banyak keuntungan. Bagi aku, ini adalah strategi yang bagus.

Berapa nak letak kalau semua sektor kau nak masuk?

1. Security – EGLD, DOT, KSM, BCH

Keselamatan itu adalah keutamaan. Kita kena ada giant coins dalam portfolio kita. Market cap yang besar mesti kena ada lebih dari yang lain. Ini supaya kalau jadi apa-apa takde lah hancur lebur portfolio kita tu. Ada lah jugak balance untuk proses recovery nanti.

Polkadot dengan EGLD adalah antara yang ada fundamental yang powerful. Polkadot dengan Bitcoin ni macam foundation untuk KSM dan BCH dimana ianya tidak akan berhenti.

  • Aku nak letak 13% portfolio aku yang confirm “selamat”

CONTOH

Kalau portfolio aku bernilai $1,000, aku akan invest $130 untuk Giant Coins.

2. Web3 – GRT, BICO, DIA, API3

Web3 dapat banyak perhatian dalam market dan banyak company teknologi global yang tengah work on it jugak.

Macam trend NFT masa masuk market haritu, kalau trend Web3 masuk market, kita boleh expect return yang terbesar!

  • Mengikut calculation aku, aku patut invest 10% dari modal aku untuk ni
  • Tapi korang boleh je adjust ikut plan korang, mana yang korang rasa sesuai

CONTOH 

Portfolio aku bernilai $1,000, so aku kena letak $100 dalam Web3. Kalau korang prefer 2 Web3 coins, korang split lah %10 each. Macam aku cakap, adjust je ikut planning korang.

3. Exchange’s Tokens – BIT, CRO, HT, KNC, FTT

Exchange tokens ni yang kedua selamat dan akan bagi return yang besar selepas coins yang ada market cap besar.

BNB pun coin yang secure, tapi return dia rendah sikit. So aku prefer coins yang ada market cap yang rendah dari CRO.

  • Aku nak invest 10% dari portfolio aku untuk sektor ni

Sesetengah exchange token agak mahal, ada yang murah, so korang boleh lah split modal korang tu kepada dua. Contohnya, 6% kat yang murah, 4% pada yang mahal.

CONTOH

Kalau ada $1,000, 40% korang allocate kat FTT dan 60% kat BIT. Next, korang decide berapa duit korang nak invest.

4. Metaverse – Sand, Mana, Enj, Blok 

Tahun lepas, market Metaverse boleh tahan hebat. Return 10 kali ganda untuk semua coins. Metaverse ni ada potensi untuk menguasai dunia gaming untuk tahun-tahun akan datang. anyway, bisnes fashion pun boleh create virtual hubs utilizing Metaverse.  

Pada aku, konsep Metaverse ni bagus. Sektor ni ada possibility untuk keluarkan macam-macam lagi benda yang menarik.

  • Kita boleh invest 9% dari modal kita untuk sektor ni

CONTOH

Kalau korang hargai Sand, Mana, Bloktopia atau mana-mana projek Metaverse yang lain, korang investlah $90 yang mana 9% dari $1,000 yang korang ada tu.

5. Blockchain – Near, Matic, Avax 

Ada beberapa projek blockchain yang available dalam market sekarang. Hanya projek-projek yang beroperasi and team mana yang betul-betul tengah run n try nak develop more je yang patut dipilih.

Sama jugak korang patut cari and pilih projek powerful yang menarik minat korang.

  • Pada pendapat aku, invest 9% dalam sektor ni

6. DeFi – Cake, 1 inch, LRC, UNI

Coins dari sektor DeFi agak penting dalam market crypto. Kita akan continue send and receive token crypto harini, esok dan tahun-tahun akan datang, jadi DeFi ada “future”. Dalam 5-7 tahun lagi, DeFi ada potensi untuk expand lebih lagi.

Cake ialah favourite coin aku dari coin-coin yang lain dalam sektor DeFi. Korang boleh je pilih mana yang korang berkenan.

  • Boleh invest 8% dari portfolio korang

7. Proof-of-Stake (POS) – Qtum, Theta, One, LPT, Cosmos

Dalam setiap bull market, sektor POS perform jugak. Majoriti coin boleh dijumpai dalam sektor POS. Buat masa ni, hanya mekanisma pos dan pow je yang available dalam market.

Kalau korang suka coin pos, banyak je option untuk korang. Boleh jugak kalau nak pergi POW kalau korang nak.

  • Korang boleh invest around 8% dalam sektor ni

8. Gaming – Alice, Waxp, Gala, Mbox

Dalam industry gaming, demand terhadap game ni selalu jadi isu utama. Kalau projek baru masuk dalam market gaming yang sedia ada ni and tak ramai player or tak berjaya attract minat players, boleh bagi masalah kat project tu nanti. So korang kena hati-hati sikit bila nak invest dalam sektor ni.

Kalau korang nak invest dalam sektor ni, buat bila korang dah consider fundamentals and masa depan project tu. 

  • Sektor ni dalam 8%, tapi ambil langkah bijak dengan pilih 2 coins

9. Polkadot – Aca, Movr, Glmr 

Polkadot ni antara coin yang ada high reputation dalam market and promising. So pada aku invest dalam project ni adalah tindakan yang baik. 

Kalau Polkadot perform, means sektor ni akan perform jugak.

  • Boleh invest dalam 7% unuk sektor ni.

10. NFTs – Rari, TVK

Market NFT masih buzzing, tak macam yang sebelum ni. Bukan aku nak cakap trend NFT takkan muncul lagi. Kalau ada banyak interest and hype dalam NFT in the future, kita akan perlu projek yang guna NFT.

RARI projek favorite aku. Tapi korang boleh je nak pilih mana-mana.

  • Invest 6% dari modal untuk sektor ni

11. Fan Token – ATM, LAZIO, ALPINE

Aku tak sure sama ada coin-coin ni ada tak disebut dalam market. Token dalam sektor ni kita anggap jelah macam jackpot untuk kita.

Fan tokens ada karakter special yang boleh me-roket mendadak pada bila-bila masa, macam 50-80% return dalam masa sehari.

Area ni ada banyak coin. Contohnya dari sukan macam bola & F1.

  • Boleh invest 5% dari fund korang untuk sektor ni

Contoh, dalam Malaysia yg paling perform and boleh tahan laju bab crypto ni, Johor Darul Ta’zim FC, 2021 ada NFT, and latest ni bulan lepas, 26 september, JDT Fan Token

Design

Aku dah cover 11 SEKTOR. Korang boleh elak mana-mana sektor dan letak lebih dalam sektor yang exclusively ada high quality coins.

Hanya 93% portfolio yang direka dari 100%. Lagi 7% tu korang boleh pilih coin macam ocean, algo, ava, dan auction.

Aku create portfolio aku macam ni and aku memang plan untuk long term sampailah aku dapat nice return.

Korang boleh develop korang punya plan pelaburan sendiri.Hope ni bantu korang untuk diversify.

Disclaimer

Aku bukan financial advisor. Apa yang aku share adalah pengalaman, pandangan, dan result aku sendiri yang aku nak share and educate korang. Aku takde ambik apa-apa profit dari website, projek, coins atau sebagainya yang aku mention dalam ni.

Disclaimer (again)

Content dalam blog atau artikel ini bukan “financial advise”. Semua informasi adalah bertujuan untuk “educational purpose” sahaja. Aku bukan affiliated dengan mana-mana website, crypto projects, atau coin yang terdapat dalam post ni. 

“Only invest what you can afford to lose.”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button