Setakat ni Ethereum ialah coin yang paling menguntungkan untuk para miner. Sebab ramai orang dah start mine Ethereum, dorang beli graphic card mahal-mahal, build mining rig untuk dapatkan side income, lepastu “boom”, market GPU letops, bro.
Mine Corporations
Corporation besar-besar dah mine secara besar-besaran, ada mining farm. Sekarang ni, ada banyak mesin crypto dimana kos cooling dan power dah jadi berpatutan.
Dunia mining ni dah berkembang yang orang tak imagine pun miners boleh “membiak” sampai macam ni sekali. Mesin Mining yang berkos Billion bagi pulangan yang luar biasa dalam masa setahun and ini menyebabkan side income miners pun bertambah. Sampai jadi jutawan?
Alternatif
Since makin banyak mining farm, and ada yang mining Ethereum kat rumah, maybe dorang akan stop. Guys, kita semua tahu yang lepas ETH dah merged, kita semua tak dapat mine ethereum lagi dah sebab lepasni dah tukar jadi Ethereum POS.
Perkara ni agak malanglah untuk para miner. Tapiii, dorang akan cari cara atau alternatif lain untuk buat duit dengan equipment mining yang dorang ada sekarang.
Bukan itu je
Ada banyak gila mining rigs yang tengah run diserata dunia and miners ni takkan stop macam tu je. Kenapa? Sebab miner bukan mine Ethereum je, dorang mine Bitcoin Cash and Litecoin jugak. Namun, majoritinya pilih untuk mine Ethereum.
Crypto miner sekarang dah start fikir currency apa dorang nak mine lepas ni. Yang penting mestilah menguntungkan dan trusted macam Ethereum. Well obviously, miners ni akan pilih jalan yang paling selamat. Betul kan? Dorang mesti akan pilih coins yang profitable untuk dorang dalam jangka masa pendek dan panjang.
Beli?
Kita mesti collect coins yang mana miners ni nak tukar or dah tukar dah pun. Lagi ramai miners mine certain coins tu, lagi perform lah dalam jangka masa panjang. Dalam short term pulak, kita mungkin jadi kaum yang “sikit” dalam market, tapi kalau kita ada good “dip”, kita akan discover banyak peluang untuk beli.
Kalau korang tengok secara keseluruhan, trafik mining Ethereum ni memang tinggi, tapi sekarang ni macam dah beralih ke currency lain dan kadar dalam jangka masa panjang akan jadi lebih impressive. Some coins still “tidur” lagi and belum boleh tunjuk performance yang mantap. Tapi tunggu lah time coin-coin ni “bangun” bila demand dorang makin menaik.
1. Firo (FIRO)

Market Stat
- Firo Price: $2.82
- Market Cap Rank: #533
- Market Cap: $32,300,341
- All-Time High: $139.77
- All-Time Low: $0.907
Mine & Labur
Nama lain untuk FIRO adalah Zcoin. Miners maybe guna RTX 3070TI untuk mine FIRO. Bila compare dengan profit mine Ethereum, FIRO pun bagi profit yang lebih kurang sama sebenarnya.
Kalau kita mine dengan satu graphic card RTX 3070TI, kita akan mine 0.69 FIRO sehari. Kalau Ethereum pulak, kita akan receive 0.001 ETH sehari.
Kalau kita convert 0.001 ETH to USDT, profit yang kita akan dapat ialah $1.85 sehari
Kalau FIRO pulak the profit akan jadi $1.90 sehari
Kalau korang nak mine cryptocurrency, FIRO adalah option yang terbaik. Supply dia around 20 juta dengan circulation around 11 juta. In terms of supply, FIRO ni not bad jugak kan…
Value FIRO coin sekarang dalam 2.8$
Dari standpoint pelaburan, 25$ adalah ATH dia anddddd maybe boleh me-rocket lagi. Kalau takde siapa yang perhatikan coin ni, maybe you should be the one. Haha.
2. Ravencoin (RVN)

Market Stat
- Ravencoin Price: $0.0359…
- Market Cap Rank: #102
- Market Cap: $417,989,989
- All-Time High: $0.285…
- All-Time Low: $0.0089…
Mine & Labur
Ramai orang dah install mesin mining Ravencoin. Satu benda yang tak best benda ni, dia consume banyak elektrik. Tapi kuantiti banyak.
Kalau korang mine dengan 1RTX 3070 TI, korang akan dapat 52 Ravencoins sehari. Value terkini dia $0.03606 USD. Kalau 52 coins, korang akan dapat $1.82 setiap hari. Bila kita compare dengan Ethereum, actually dia sama je.
Kalau coin ni cecah $0.28 dalam bull market, memang tak dinafikan lagi miners akan untung besar.
Ravencoin ni lagi trusted untuk korang invest. ATH dia $0.28, dan pernah jatuh 87%. Ravencoin dalam proses Proof of Work (POW), and sebab tu semakin dapat perhatian. Peluang untuk receive rewards adalah sangat-sangat tinggi dalam kes ni.
3. Ethereum Classic (ETC)

Market Stat
- Ethereum Classic Price: $36.96
- Market Cap Rank: #18
- Market Cap: $5,059,489,200
- All-Time High: $167.09
- All-Time Low: $0.615…
Mine & Labur
Lebih kurang 80% miners dah bertukar ke Ethereum Classic.
Kalau nak compare dengan Ethereum, mining guna 1 RTX 3070TI bagi low return. Ethereum Classic boleh bagi dalam $1.53 sehari, while Ethereum pulak $1.85 sehari. Dalam masa 24 jam, kita boleh dapat 0.04 ETC.
Satu benda yang ‘kurenggg’ sikit adalah nak mining ETC lagi susah.
Bila Ethereum fork secara paksa, ianya dibahagiakan kepada dua blockchain yang berasingan: Ethereum & Ethereum Classic. Beberapa minggu lepas, harga Ethereum Classic adalah $15 dan sekarang harga trading dalam $35.
Kalau kita tengok dari sudut standpoint pelaburan, harga dia dah terlebih so orang kena tunggu untuk harga dia drop.
Ada something yang akan membantu untuk ATH. Market supply dia ialah 210 million dan sekarang 78% rendah dari ATH dia.
4. Monero (XMR)

Market Stat
- Monero Price: $150
- Market Cap Rank: #30
- Market Cap: $2,719,583,000
- All-Time High: $542
- All-Time Low: $0.216…
Mine & Labur
Monero coin adalah berdasarkan algorithm POW. Trafik miners akan menaik. ATH dia dalam $540 dan sekarang harga trading adalah &148.
Kalau mine guna 1 RTX 3070TI, korang akan dapat return yang sama dengan Ethereum, tapi in terms or profit mungkin tak disebabkan oleh harga XMR ni drop. Tapi apa-apa pun ramai je miners yang still mining coin ni. Dan trafik dia macam Ethereum jugak.
Dalam jangka masa panjang, Monero ada potensi untuk dapat balik ATH.
5. Zcash (ZEC)

Market Stat
- Zcash Price: $59.50
- Market Cap Rank: #61
- Market Cap: $760,389,059
- All-Time High: $3,190
- All-Time Low: $19.70
Mine & Labur
Aku dah pernah mention dalam article aku before ni pasal berapa banyak return yang kita boleh dapat. Ingat tak? Article pasal Top 20 Cryptocurrencies yang letops menjelang 2024 – 2025
Lepas je fasa bear market habis masa 2018, dia terus masuk dalam list Top 20 coins.
Aku tak aware berapa banyak profit mining dalam masa sehari. Kalau aku tengok pricing, ada coins yang lagi bagus untuk para miners. Dalam fasa bull market, harga boleh cecah $1,000.
In terms of privacy, nama ni cukup famous. Harga ATH Zcash adalah $3,200. Tapi tu 6 tahun lepas. Kalau harga tinggi terkini dia dalam $350. Current price dia pulak $64 dollar. Kalau korang cari untuk invest, Zcash boleh bagi korang profit dalam jangka masa panjang.
So korang better perhatikan lah coin ni. Kalau ramai miners dah start bagi attention, harga memang akan melonjak lagi.
Boom
So ini adalab 5 coins dalam list aku yang aku percaya akan dapat banyak perhatian lepas je Ethereum merger ni. Semua coins yang aku mention ni memang ada potensi untuk compete dengan Ethereum. Coin-coin ni jugak menguntungkan and trusted! Time bull market pun coins ni akan diperhatikan. Haha.
So lepas baca post aku kali ni, antara 5 coins ni mana satu yang korang nak invest? Share kat comment box bawah. Thanks guys!
Disclaimer
Content dalam blog atau artikel ini bukan “financial advise”. Semua informasi adalah bertujuan untuk “educational purpose” sahaja. Aku bukan affiliated dengan mana-mana website, crypto projects, atau coin yang terdapat dalam post ni.
“Only invest what you can afford to lose.”