CryptocurrencyExchangerFuture

TOP 20 Coins : Berapa banyak Return Korang Akan Dapat 2022-2024/25 

Semua orang tengah tunggu next bull run dalam market. Next ni mungkin jadi around 2024 atau 2025. Korang boleh nampak sendiri berapa banyak profit yang korang akan dapat time bull run kalau korang percaya dengan crypto yang korang invest.

Berapa banyak profit yang korang boleh dapat kalau korang beli sekarang? 

10 kali ganda?
20 kali ganda?
50 kali ganda?

Even 100 ke 200 kali ganda!

Jom aku go through dengan korang berapa banyak profit yang korang boleh buat secara terperinci.

Analysis market pada tahun 2017

Jom kita start…

2017

Crash terbesar dalam sejarah cryptocurrency market berlaku pada tahun 2017. Diikuti dengan bear market yang terlama. Dari Dec 2018 sampai ke Dec 2018, market masa tu tengah dalam bearish trend. Masa crash tahun 2017, terdapat massive drop masa semua coins yang mana semua orang time tu fikir mati lah. Habis, gone semua. Sebab masa tu ATH bitcoin pada Dec 2017 adalah $19,798 and ATL (all-time low) untuk bitcoin pada Dec 2018 adalah $3,156

Cuba imagine kalau korang beli bitcoin dengan harga $19,000 then korang nampak harga dia $3,200 pulak. So imagine lah altcoins bila harga bitcoin pun crash macam tu sekali.

Satu benda yang aku nak inform korang ialah bila ATH pada Dec 10, altcoins mana yang jadi Top 20? Berapa value atau harga dorang time tu?

Ranking & Harga Coins pada Dec 2017 

  1. Ethereum — $441
  2. Bitcoin Cash — $1323
  3. Iota — $4
  4. XRP — $0.23
  5. Litecoin — $148
  6. Dash — $688
  7. Bitcoin gold — $229
  8. Monero — $245
  9. Nem(XEM) — $0.39
  10. Cardano — $0.1
  11. ETC — $26
  12. NEO — $33
  13. Steller — $0.11
  14. EOS — $3.7
  15. Bit Connect — $374
  16. Populous — $24
  17. Wave — $9.7
  18. Lisk — $7.9
  19. Stratis — $9
  20. Mona Coin — $14

Bitcoin akan kekal menjadi “King” dalam market crypto. So ranking ni dikira dari nombor 2-21. Dalam list ni aku tak masukkan bitcoin. Selalunya ranking ni ETH yang akan duduk di kedudukan paling atas dan diakhiri dengan Mona coin. Semua coins yang aku list ni di-trade pada harga yang aku tunjuk tu dan harga bitcoin pada masa tu pulak lebih kurang $20,000 dan ATH.

Kalau korang pernah witness crypto crash pada tahun 2017, then korang mesti pernah dengar nama coins macam Mona dan Populous. 

Kat sini aku nak share macam mana Top 20 cryptocurrencies ni perform semasa bear market yang start pada 10 Dec 2017 dan benda ni terjadi selama setahun. Korang boleh nampak yang harga altcoins ni naik masa bull market compared to masa bear market. Then berapa banyak profit masa bull market setelah fasa bear market berakhir?

Korang mesti terkejut bila dapat tahu yang ranking yang aku listkan kat atas tadi berubah pada Dec 2018.

  1. XRP — $0.31
  2. Ethereum — $95
  3. Stellar — $0.12
  4. Bitcoin Cash — $109
  5. EOS — $2
  6. Bitcoin SV — $97
  7. litecoin — $25
  8. TRX — $0.013
  9. Cardano — $0.031
  10. Monero — $47
  11. Iota — $0.24
  12. Nem(XEM) — $0.07
  13. Dash — $76
  14. BNB — $4
  15. ETC — $4
  16. NEo — $6.4
  17. Zcash — $61
  18. Maker — $344
  19. Doge — $0.002
  20. Tezos — $0.4

2017 vs 2018

Okay, korang mungkin akan compare ranking Top 20 between tahun 2017 dengan 2018 yang aku bagi tu. Hanya 13 dari 20 coins je yang survive bear market. Lagi 7 coins, contohnya Mona coin, Stratis Bit Connect, Populous dah lenyap. 

Dalam Top 20 yang latest, ada coins baru yang kita boleh tengok. Tapi kalau kita tengok lost atau kerugian pada awal bear market hingga ke akhir, Ethereum jatuh 78%, BCH 91%, Cardano 71%, Monero 80%, dan Iota 94%. Secara keseluruhan, dalam 80% drop.

Now bear market pun dah tamat pada 2018, persoalannya berapa banyak pulangan yang Top 20 coins provide masa bull market pulak? Bila orang tengok data ni, dorang boleh faham yang apa yang dorang letak dalam cryptocurrency ni selamat.

Ranking — Price — Return→ Bull Market

  1. XRP — $0.31 to $1.96 → 6x return
  2. Ethereum — $95 to $4865 → 50x return
  3. Stellar — $0.12 to $0.79 → 7x return
  4. Bitcoin Cash — $109 to $1644 → 15x return
  5. EOS — $2 to $20 → 10x return
  6. Bitcoin SV — $97 to $497 → 5x return
  7. litecoin — $25 to $413 → 16x return
  8. TRX- $0.013 to $0.18 → 13x return
  9. Cardano — $0.031 to $3 → 100x return
  10. Monero — $47 to $520 → 11x return
  11. Iota — $0.24 to $2.67 → 11x return
  12. Nem(XEM) — $0.07 to $0.86 → 12x return
  13. Dash — $76 to $480 → 6x return
  14. BNB — $4 to $690 → 175x return
  15. ETC — $4 to $180 → 45x return
  16. NEo — $6.4 to $140 → 21x return
  17. Zcash — $61 to $370 → 6x return
  18. Maker — $344 to $6400 → 19x return
  19. Doge — $0.002 to $0.72 → 365x return
  20. Tezos — $0.4 to $9.15 → 22x return

Bull Rally

Lepas bear market, kita nampak bull market pulak bawak return sampai 5 kali ganda. Coins yang jatuh sampai 80% pun nampak dah recover sampai 5 kali ganda return jugak. Ini menunjukkan coins akan naik jugak in the end no matter berapa banyak coins tu jatuh. Strong altcoins yang korang patut consider ada dalam investment korang, or else coin korang mungkin akan lost tah mana-mana, contohnya Mona coin, Stratis, Bit Connect, dan Populous. 

Masa bull market, average return dalam 45 kali ganda. Dalam stock market, kalau nak dapat return dalam 45 kali ganda tu makan tahun. Berapa banyak profit yang korang boleh dapat dengan menunggu time bear market and beli pada harga average dengan cara yang betul? 

Even market terus jatuh, jangan give up untuk beli strong coins pada masa yang tepat supaya korang beli pada harga average dan dapat return yang berlipat kali ganda masa bull market. 

Aku hanya tunjuk statistik Top 20 coins, mana-mana coins yang lain ada potensi untuk boost juga ya sebab market cap dorang sangat rendah pada masa tersebut.

Soalan dalam kepala korang mungkin berapa banyak profit yang korang boleh dapat masa bull market kalau korang asyik beli time harga average. Kesimpulannya korang boleh anggarkan profit korang 40-45x.

Korang boleh baca artikel @ blog aku sebelum ni.

Sejarah Bakal Berulang

Bear market start pada Dec 2017, dan kali ni benda sama mungkin akan terjadi. Sebab market start menurun sejak Dec 2021. 

Fasa bear market ni jadi around setahun dan berakhir pada Dec 2018. So benda sama mungkin akan berulang menjelang Dec 2022, kita akan witness fasa bear market bakal berakhir. Then time tu kita akan menyaksikan fasa bull rally dalam crypto yang kita tunggu-tunggu selama ni.

Disclaimer

Content dalam blog atau artikel ini bukan “financial advise”. Semua informasi adalah bertujuan untuk “educational purpose” sahaja. Aku bukan affiliated dengan mana-mana website, crypto projects, atau coin yang terdapat dalam post ni. 

“Only invest what you can afford to lose.”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button