Harini aku nak cakap pasal a few topik yang mungkin aku pernah mention sebelum ni. Sama ada dalam blog ni atau kat socmed aku. Tapiii, lepas korang habis baca post aku kali ni, hope perspektif korang pasal stock market dan market cryptocurrency berubah!
Ramai orang nak involve dengan stock market and cryptocurrency market, dan of course dorang expect untuk buat duit. Banyak duit. Haha. First thing first, korang mestilah invest duit korang sendiri dulu untuk korang dapat pulangan dari investment korang, kan?
Soalan dalam kepala mesti macam mana nak invest? Stock and coin apa nak beli?
Ada beberapa cara untuk korang trade and invest. TAPI strategi mana yang betul untuk korang invest dengan yakin?
GODFATHER STRATEGY
Ini adalah strategi yang aku dah guna and dah dapat profit out of this. Dalam video aku sebelum ni aku ada mention aku allocate certain amount untuk aku invest kat crypto every month.
CEO
Dalam satu bisnes, CEO ni boleh dikatakan yang paling berpengaruh. Takde siapa yang boleh stop company tu untuk mencanak naik tanpa adanya CEO yang buat keputusan yang tepat pada masa yang tepat.
Kalau CEO tersilap langkah, company mungkin akan jatuh bankrup. Director kita letak tepi. Dalam erti kata lain, ketua dalam sesebuah organisasi tu sangatlah penting.
So assume korang ada bisnes. Korang now kena agihkan management syarikat kepada beberapa individu. 10 top individu yang korang pilih ni pegang jawatan yang berbeza. So macam mana korang nak pilih dan yakin dorang yang terbaik?
- Investigate background information mereka
- Apa previous or current position mereka
- Macam mana mereka buat decision dalam situasi genting
- Strategi apa yang digunakan untuk masa depan
So dari beberapa faktor ni korang akan nampak siapa yang terbaik.
APLIKASIKAN
Macam tu jugak cara yang korang kena apply dalam memilih stock atau cryptocurrency.
- Macam mana dorang perfom bila stocks/cryptocurrency lemah or jatuh in the past?
- What level are they trading right now
- Apakah next strategi projek team tersebut in the future?
Korang then boleh consider nak invest what coin bila korang dah review benda-benda ni.
Father of Company
GodFather ada solution yang bijak untuk ni. Berdasarkan GodFather, setiap industri ada father @ leader. Semua depend on his power.
Bila kita run bisnes, leader tu ibarat macam segalanya. Kalau leader gone, semua benda pun gone. Contohnya macam Elon Musk. Dia je tahu apa langkah seterusnya yang nak kena ambik. Cuba imagine kalau apa yang dia ada sekarang ditinggalkan, he died or any reason lah. Company tak tutup pun, mungkin ada orang yang ambil alih. Tapi vision tu dah tak sama.
Korang boleh discover leader dalam stocks or cryptocurrency.
SENANG
Ada beberapa sektor dalam crypto, termasuk Defi, Stores, Metaverse, Gaming, and Fan tokens. Susah nak analyze semua coin dalam sektor ni
Setiap sektor ada powerful father. Investor yang besar akan stakes banyak kat father yang power ni. Macam mana nak tahu ? Straightforward method, mana yang ada large market capitalization boleh dianggap father dalam sektor tu.
BOAT
Kalau harga coin turun, seluruh market akan turun jugak. Kalau semua orang takde, apa gerenti yang kita pun boleh survive sorang-sorang atas dunia ni? Maksud aku kat sini, apa benda yang jadi pada major investor memang akan effect yang lain. Sama ada positif atau negatif. Buruk atau baik. So kalau kita atas boat, kalau boat tu karam, semua orang atas boat tu karam sekali.
Kalau korang nak merentas laut, korang mesti nak guna kapal yang power kan? Yang boleh tahan ombak gelora, ribut bagai. Kalau kapal tu gah, confirm korang akan sampai kat destinasi yang korang tuju.
Dalam 95% situasi, boat yang investor besar-besar ni naik adalah yang power. Dorang akan buat apa sahaja asalkan boat dorang tak karam, and duit dorang akan selamatkan dorang dari tenggelam dalam apa jua keadaan.
Lower Risk
Nak risiko rendah? Cari “father” yang boleh ngam dengan kriteria yang korang kena consider tadi. So kat sini korang boleh minimise risiko dan takdelah korang takut sangat nak invest.
Cara GodFather ni straight-forward je. Tengok stocks dan coins mana yang di-invest. Kalau pass apa yang korang consider, so korang boleh proceed dengan yakin untuk invest.
Ada satu lagi yang aku nak mention. Ianya lebih kurang macam GodFather.
Kalau korang tengok stock market sejak 1980, korang akan nampak harga jatuh few times. 2007-2008 Financial crisis. 2018 bitcoin crash. 2020 stock market merudum sebab Covid. Banyak benda yang down masa tu. Tapi even masa tu semua-semua ni down, tengok kat mana dorang sekarang. Dorang naik terus jadi ATH atau All Time High lepastu.
So sama lah, manusia ke stock market ke, setiap yang jatuh pasti akan naik balik.
Crypto market ada bad days dorang sendiri. Lepas jatuh teruk, dorang bangkit semula. Harini mungkin bukan the best day untuk dunia crypto, tapi peluang tu sentiasa ada. So jangan menyesal dikemudian hari sudah lah bila harga murah tapi korang tak beli ya.
Aku harap korang gain something dari post aku kali ni.
Disclaimer
Content dalam blog atau artikel ini bukan “financial advise”. Semua informasi adalah bertujuan untuk “educational purpose” sahaja. Aku bukan affiliated dengan mana-mana website, crypto projects, atau coin yang terdapat dalam post ni.
“Only invest what you can afford to lose.”