CryptocurrencyExchangerFuture

ETH Merge ni takde apa-apa pun???

Ethereum control 17% daripada cryptocurrency market. Disebabkan portion dia yang besar ni, kedudukan ETH adalah ditempat yang kedua in terms of market cap. Sekarang ianya bertukar dari POW kepada POS. Perubahan ni maybe tak besar mana, tapi ianya ada potensi yang boleh bagi kesan dalam banyak aspek market. Mungkin pengaruh ni slowly become obvious. 

  • Apa jadi kalau korang mine Ethereum?
  • Apa jadi pada market?
  • Apa korang patut buat kalau korang ada Ethereum?

Exchange

Dalam Ethereum, mekanisma baru bakal diperkenalkan. Sehingga ke harini, orang mine Ethereum melalui sistem POS. Now mekanisma POW pula bakal digunakan. Macam Binance, KuCoin, dan FTX akan adjust platform dorang untuk sesuaikan dengan perubahan yang berlaku dan untuk users nampak dan aware dengan servis dorang. Apa yang dorang adjust ni boleh dilihat dalam masa 2-3 hari.

Proses withdrawal dan deposit mungkin akan dihentikan while dorang adjust platforms ni. Benda ni adalah untuk memastikan everything akan jadi smooth dikemudian hari.

Kalau korang ada niat nak beli Ethereum dalam beberapa hari ni, better korang buat sekarang. Bagi aku pulak, korang boleh beli Ethereum dengan harga yang sangat rendah, so kalau tunggu lama sikit lagi mungkin harga akan jadi lebih rendah? Who knows? 

Kalau korang ada Ethereum dalam standard exchange, boleh pindahkan Ethereum korang tu dalam reputable exchange. Sebab apa aku cakap ni? Sebab benda boleh jadi ETH akan ambil beberapa bulan untuk di-convert ke dalam normal exchange. So, sila lah transfer Ethereum korang kat exchange yang lebih trusted dan lebih banyak features.

2015

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, orang dah start mine Ethereum. Dorang rasa macam Ethereum dorang dah outdated lepas tengok projek blockchain 2020. 

Aku nak buat gambaran dengan contoh yang mudah untuk korang faham: lepas 2-3 tahun, speed, features, processor, camera dan keseluruhan kualiti smartphone kita akan jadi outdated bila kita compare dengan smartphone2 baru yang keluar pada ketika tu. Sebab features2 tu canggih sampai certain period je lepastu dah sampai masa untuk di-upgrade. 

So upgrade ni bermula sejak  tahun 2020. Bila tengok hackers, speed, scalability, kos, trafik dan sebagainya, dorang sedar yang upgrade tu perlu. Banyak benda macam Beacon Chain, Sharding, dan Merge akan terlibat dalam proses ni.

Contohnya, lepas sesuatu materials semua dah dihantar untuk dibina, ground floor, first floor then second floor akan dibina ikut turutan sebelum sesebuah bangunan tu terbina dengan sempurna. Benda ni semua makan masa.

ETH BARU

So sama jugak dengan nak bina bangunan, ETH melalui proses yang sama. Kerja-kerja nak upgrade Ethereum dah pun start, namun, ianya perlukan masa for everything to be completed. 

Berdasarkan statistik Binance, Ethereum di-mine setiap hari, token ETH yang fresh jugak sama. Lepas POS diperkenalkan, mining seharian dikurangkan dari 13,000 kepada 1,600. Ini bermakna, hanya 1,600 token ETH baru yang dikeluarkan dalam masa sehari.

Transaction Speed

Mostly orang tanya sama ada merger akan boost ke tak transaction speed. No such thing will happen. Transaction speed sama je, tak berubah pun. Speed mungkin makin laju, tapi dengan amount yang average, sama je.

Kalau kita bagi Ethereum kat someone, ada specific masa. Seluruh sistem takkan update sehingga tahun 2023.

Gas Fee

Lepas merger, kadar gas fee pun akan kekal sama macam sebelum ni. Takkan ada sebarang perubahan pun.

Staking

Staking takkan terjadi macam yang kita tengah buat sekarang. Boleh je blah bila-bila korang nak, contohnya dalam masa 15 hari, 30 hari atau 3 bulan. Staking semasa akan bertahan sehingga setahun. 

Development market yang baru adalah satu tanda yang baik. Tapi setiap benda yang baik, ada negatif sign dia jugak.

Scammer Alert

Makin ramai scammers yang jumpa dan guna cara baru. Boleh je jadi kalau scammers ni bagi a pool of ETH 2.0 then offer untuk users stake Ethereum. Lepastu kononnya kita nanti dapat 30-50% return in exchange bila kita stake tu.

Ada banyak kaedah, so please be careful. Jangan jadi tamak sangat, nanti habis Ethereum korang.

GPU

Merging ada pengaruh yang besar pada GPU. Orang sanggup beli graphic card mahal-mahal, build mining rig untuk mine Ethereum. Kesannya, demand graphic card makin tinggi so harga pun naik mencanak. Bila trend mining Ethereum menurun, jumlah orang nak beli graphic card pun turun jugak. So, harga GPU pun turun sama.

Orang mining ni lebih kepada bitcoin compared to Ethereum. ETC sekarang boleh ambik alih tempat Ethereum. Then siapa yang mampu GPU mining je dapat mine coins. ETC mungkin akan naik. Trafik orang yang mine Ethereum akan bertukar kepada coins lain. Dalam masa yang sama, bitcoin dan cryptocurrencies yang lain akan naik dan naik.

Selain tu, akan ada jugak orang yang jual equipment mining dorang dan withdraw duit. Lepastu banyaklah graphic card second dalam market, so takde siapa nak beli graphic card baru. So, bila orang guna graphic card second or low-cost (murah), demand graphic card baru pun menurun then harga pun turun jugak.

Beli?

Ramai orang ada Ethereum dalam portfolio dorang. Ethereum ni boleh dikatakan secure dan dipercayai. Tapi aku tak beli banyak sangat Ethereum since harga dia pun takdelah murah mana. Kalau sekarang harga dia $1,700, mungkin akan turun jadi $1,000 atau kurang dari tu dalam hari akan datang.

Apa-apa pun, aku memang ada plan nak beli Ethereum. Kalau lah harga $1,000 tak sampai-sampai, tunggu pada aku the best option jugak.

Benda ni bukanlah breaking news ke apa, tapi to be safe, put less expectations.

To be honest, aku belum jual lagi Ethereum yang aku hold so far. Mungkin korang nampak aku guna bot dekat Pionex and crypto yang aku guna ETH, yang aku tunjuk tu hanya dekat pionex, tak kacau portfolio aku. Dari kita fikir positif, cuba fikir tindakan bijak apa yang patut kita ambik.

Sekarang ni, ETH merge is nothing. Kita boleh nampak magik dia lepas beberapa upgrade dilakukan dan masa fasa bull market. Disebabkan POS lah investor besar-besar ni nak get involve. 

Kalau korang ada apa-apa pandangan pasal topik ni feel free untuk share kat comment section below.

Disclaimer

Content dalam blog atau artikel ini bukan “financial advise”. Semua informasi adalah bertujuan untuk “educational purpose” sahaja. Aku bukan affiliated dengan mana-mana website, crypto projects, atau coin yang terdapat dalam post ni. 

“Only invest what you can afford to lose.”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button